“Sasar golongan wanita” – Penduduk dakwa ketukan misteri sebab ada orang uji ilmu pukau

“Sasar golongan wanita” – Penduduk dakwa ketukan misteri sebab ada orang uji ilmu pukau

 

Gempar baru-baru ini mengenai ketukan misteri yang mengganggu penduduk Kampung Baru Lubuk Machang, Padang Besar, Perlis sejak jumaat minggu lalu.

Difahamkan, gangguan tersebut berlaku disebabkan perbuatan mistik oleh individu yang menguji ilmu hitam.

Menurut Harian Metro, ketika menemu ramah seorang penduduk yang bernama, Mohad Amir Alias, dia berkata kejadian itu berkemungkinan besar dipengaruhi oleh seseorang yang ingin menguji ilmu pukau yang dipelajari.

Orang yang ‘ada ilmu’ di kawasan ini mengatakan bahawa kejadian berkenaan mungkin berkait dengan individu yang ingin menguji ilmu pukau yang dipelajarinya.

Tambah Mohd Amir, ketukan misteri itu telah mengganggu adik perempuannya, Nur Khairulnisa pada waktu malam. Hampir 70 peratus daripada lebih kurang 70 rumah menghadapi gangguan yang sama.

Apabila dia menyelak langsir, tiada apa-apa di luar rumah sedangkan keadaan di luar rumah masih terang diterangi lampu kalimantang dan lampu jalan.

Memetik laporan Kosmo!, rata-rata penduduk kawasan itu berpendapat golongan wanita dan hanya seorang isi rumah yang mendengar ketukan tersebut dengan kuat.

Apa yang pelik adalah hanya seorang individu lebih-lebih lagi wanita di dalam satu rumah mendengar ketukan kuat dan keras seperti orang menendang atau menumbuk pintu. Sedangkan dalam rumah itu ada lagi orang– Azman

Setakat ini, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan rasmi berkaitan kejadian itu namun dia sudah pun mengarahkan anggota untuk melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Fuh.. dia target perempuan ni min seram sejuk dah.