Sanggup jadi ‘bodoh’ demi konten, Dr Rafidah bidas dakwaan lari 10km sembuhkan Covid-19

Perkongsian video seorang lelaki dipercayai jurulatih kecergasan di laman TikTok menceritakan pengalamannya kembali negatif Covid-19 selepas membuat larian sejauh 10 kilometer menarik perhatian netizen.
@coachacap First time kena #covid19 pada 2/3/2022 and 3/3/2022 #negative 😅 covid ni main main ke apa? #fyp #fypシ
Bukan setakat di TikTok sahaja lelaki itu mendapat kecaman daripada warganet, malah perkongsian itu turut mendapat perhatian warga Twitter yang menyelar tindakan lelaki tersebut sehingga menarik beberapa pakar perubatan di laman burung biru tersebut.
Mengarut!
Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrolog, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah membidas teori pemuda itu yang dikatakan mampu ‘menghilangkan’ penyakit Covid-19 dengan hanya larian 10Km sahaja.
Tambah beliau, ianya merupakan aktiviti yang mengarut selain menyusahkan masyarakat disekelilingnya dengan penyebaran virus kepada orang ramai.
Lari 10km “hilangkan” COVID19?
MENGARUT!
1. Bila positif RTKAg, ASINGKAN diri. KUARANTIN. Dah kenapa pergi berlari 10km diluar??? Nak pass kan virus anda kepada orang lain?
Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja.
— Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 13, 2022
Jangkitan takkan hilang
Kata Dr. Rafidah, tindakan untuk membuat ujian berkala adalah satu perbuatan yang bagus, namun sekiranya seseorang itu positif dan membuat ujian sekali lagi, tidak bermaksud keputusan negatif itu menjamin apa-apa.
Buat2 laa bersabar sikit
Dr. Rafidah turut menegaskan, pesakit Covid-19 berkemungkinan akan berhadapan dengan risiko serangan jantung. Bagi mengelakkan ianya berlaku, mereka haruslah menjaga kesihatan diri dengan beristirehat, kekalkan hidrasi dan amalkan pemakanan sihat.
@rafidah72 Ada juga manusia yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ? #TikTokGuru #lindungidirilindungikeluarga