“Sampai hati korang gelak..” – Tular gambar Alif Satar sebelum ‘renovation’ buat netizen terhibur

“Sampai hati korang gelak..” – Tular gambar Alif Satar sebelum ‘renovation’ buat netizen terhibur

Setiap individu pasti ada masa silam yang ‘memalukan’, perkara ini bila diingat semula pasti kita akan ketawa kecil.

Ia boleh jadi perbuatan nakal kita satu ketika dahulu atau fesyen yang tidak kena gaya, terutamanya ketika zaman remaja. Para hijabis mesti pernah pakai shawl ‘fluffy’ dengan rantai burung hantu, betul tak? 

Terbaru, selebriti serba boleh Alif Satar berkongsi tangkap layar sebuah tweet yang memaparkan gambarnya ketika menjadi salah seorang peserta dalam rancangan One In A Million pada tahun 2006.

 

 

Dalam posting tersebut, tweet yang dimuat naik oleh @meinmokthar itu menyatakan semua orang masih ada harapan untuk glow up dengan membuat perbandingan perbezaan Alif Satar dahulu dan kini.

“Sampai hati korang gelak kat aku. P/S: Puberty hit me HARD,” tulis Alif secara ringkas.

“Siapa gelak dosa!”

Perkongsian pelantun lagu Anugerah Terindah itu membuatkan ramai netizen terhibur termasuklah rakan-rakan artis.

Cats 20

Setakat artikel ini ditulis, posting berkenaan sudah mendapat lebih 68K likes serta lebih 1.5 komen.