“Sampai bungkusan pun sama sangat” – Usahawan dessert kecewa peniaga tiru konsep produk
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan dessert (pencuci mulut) popular luah kecewa apabila terdapat segelintir peniaga bertindak meniru konsep produknya untuk dipersembahkan kepada pelanggan.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh usahawan terbabit yang dikenali sebagai aunty Ja, dia berharap orang ramai tidak bersangka buruk dan memutar belit kenyataannya memandangkan isu tersebut sudah kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Jelasnya lagi, aunty Ja tidak kisah peniaga lain menjual pencuci mulut yang sama sepertinya namun, berharap pihak yang terlibat menukar konsep atau idea dalam menghasilkan sesuatu produk.
@cthajarsd Darlings.. sorry lalau darlings kecewa dgn Auntie Ja..🙇🏻♀️
♬ original sound – Auntie Ja Suka Dessert – Auntie Ja Suka Dessert
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan usahawan terbabit apabila usahanya untuk mengetengahkan konsep sendiri telah diguna pakai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, ramai yang menitipkan kata-kata semangat buat aunty Ja terus semangat dalam membangunkan perniagaannya dan menganggap perkara yang berlaku adalah asam garam apabila bergelar usahawan.