“Sampai bungkusan pun sama sangat” – Usahawan dessert kecewa peniaga tiru konsep produk

“Sampai bungkusan pun sama sangat” – Usahawan dessert kecewa peniaga tiru konsep produk

 

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan dessert (pencuci mulut) popular luah kecewa apabila terdapat segelintir peniaga bertindak meniru konsep produknya untuk dipersembahkan kepada pelanggan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh usahawan terbabit yang dikenali sebagai aunty Ja, dia berharap orang ramai tidak bersangka buruk dan memutar belit kenyataannya memandangkan isu tersebut sudah kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

“Aunty Ja suka perkenalkan konsep, maksudnya konsep buat pelanggan terliur dan lain daripada yang  lain. Aunty Ja dan team sangat berusaha untuk buat konsep tu.

“Kami perah idea umpama macam perah tuala yang kering untuk dapatkan idea, konsep. Benda tu simple tapi sangat susah.

“Apa yang Suka Dessert ketengahkan adalah konsep. Apa yang membezakan kami dengan dessert yang lain adalah konsep itu sendiri.

“Contoh soft cookies dengan susu, benda ni memang banyak jual kat luar sana. Tapi aunty Ja tengok sampai bungkusan pun sama sangat, bungkusan pun bukan senang untuk kita nak brainstorming, cari apa yang terbaik untuk pelanggan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, aunty Ja tidak kisah peniaga lain menjual pencuci mulut yang sama sepertinya namun, berharap pihak yang terlibat menukar konsep atau idea dalam menghasilkan sesuatu produk.

“Kadang-kadang aunty Ja nampak kat FYP, benda yang sama sangat dengan kami.  Orang komen dalam business tiada istilah tiru-meniru, huh pedih. 

“Aunty Ja minta maaf, saya tak kisah pun tapi tolong ubah jadi lain sikit. Kadang-kadang jual benda yang sama macam aunty Ja tapi hashtag Suka Dessert tapi bukan kami punya.

“Susah tau sebenarnya nak buat kelainan walaupun nampak mudah pada orang lain tapi ianya sangat makan effort, pengorbanan yang tinggi,” luahnya lagi.

@cthajarsd

Darlings.. sorry lalau darlings kecewa dgn Auntie Ja..🙇🏻‍♀️

♬ original sound – Auntie Ja Suka Dessert – Auntie Ja Suka Dessert

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan usahawan terbabit apabila usahanya untuk mengetengahkan konsep sendiri telah diguna pakai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan kata-kata semangat buat aunty Ja terus semangat dalam membangunkan perniagaannya dan menganggap perkara yang berlaku adalah asam garam apabila bergelar usahawan.