Sampai bila nak kerja rider? Ini nasihat berguna dari perspektif seorang majikan

Sampai bila nak kerja rider? Ini nasihat berguna dari perspektif seorang majikan

 

Masalah yang dihadapai remaja masa kini, lagi-lagi mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka adalah sukar untuk mendapatkan pekerejaan.

Tambahan pula, sekarang ini dengan serangan virus Covid-19 yang bermacam varian, ia agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan atas faktor tertentu.

Oleh itu, kebanyakan mereka mengambil keputusan untuk menjadi ‘rider’ sama ada e-hailing ataupun penghantaran makanan.

Namun, menurut perkongsian oleh akaun Tiktok Bro Fairus Channel, untuk jangka masa panjang anak muda ini perlu juga mencari pekerjaan tetap.

Menurutnya, majikan lebih utamakan mereka yang berumur 25 tahun tanpa pengalaman berbanding 30 tahun tanpa pengalaman.

“Tidak salah untuk melakukan pekerjaan ‘rider’ makanan mahupun e-hailing, namun dalam masa yang sama perlu juga mencari pekerjaan yang di dalam bidang.

“Mungkin gaji tak sama yang kita dapat, tapi dalam jangka 10 ke belasan tahun, gaji kita sudah cecah RM7,000 ke RM8,000,” katanya yang juga selaku seorang majikan syarikat.

Dalam pada itu, Bro Fairus juga menjelaskan tentang tempoh fasa pembangunan kerjaya yang sangat penting. Katanya, anak muda perlulah mendapatkan pengalaman secukupnya sejak usia muda dan bukan 30 tahun.

Untuk lebih faham, boleh tonton penjelasan beliau di bawah, moga beri sediki manfaat kepada semua.

@brofairuschannel

Khas Kepada Adik-adik Grab, Food Panda

♬ original sound – Bro Fairus Channel – Bro Fairus Channel