Salasilah Allahyarham Bob Lokman & keluarganya yang ramai tak tahu

Salasilah Allahyarham Bob Lokman & keluarganya yang ramai tak tahu

 

Pemergian pelakon dan penulis lirik terkenal, Allahyarham Bob Lokman, 58 sememangnya meninggalkan kesan yang besar kepada peminat seni tanah air.

Namun, di kalangan peminat-peminatnya juga, ramai yang masih tertanya-tanya adakah benar arwah sebenarnya merupakan cicit kepada seorang ulama tersohor?

Sebagai rujukan, orang ramai boleh membaca buku siri Travelog Hidayah – Aku, Isabella dan Tok Kenali yang ditulis oleh Ustaz Riduan Mohd Nor (Dr Riduan Mohd Nor).

Satu ringkasan mengenai perjalanan hidup arwah Bob Lokman juga telah ditulis oleh Tengku Daeng Mawelle di Facebooknya berikut bagi memberikan sedikit penjelasan mengenai salasilah keluarga arwah kepada orang ramai.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya. Al-Fatihah.

Bob Lokman

Saya buat post ni sebab ada yang pertikaikan dan berkata pada saya jangan “memandai-mandai” kononnya Allahyarham Bob Lokman bukannya cicit kepada Tok Kenali. Siap maki saya lagi. Tak tahulah apa masalahnya.

Nama sebenar Bob Lokman adalah Mohd Hakim Bin Haji Lokman Bin Tuan Guru Haji [email protected] Bakok Bin Tuan Guru Muhammad [email protected] Kenali.

Datuk kepada Bob Lokman adalah Tuan Guru Haji [email protected] Bakok yang merupakan anak sulung kepada Tok Kenali.

Walaupun arwah Bob Lokman terjun dalam bidang seni ataupun industri hiburan, dan menghabiskan separuh usianya di dalam dunia hiburan, tapi beliau tidak pernah tinggalkan agama. Di usia tuanya beliau banyak berdakwah dan membuat kerja-kerja bantu masyarakat.

Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, dan buah yang gugur takkan jauh dari pohonnya. Keberkatan dari keturunan yang soleh, berkat dari doa dan amalan datuk moyang kita itu juga sedikit sebanyak memberikan peranan penting buat keturunan kita. Setelah melalui berbagai ujian dalam kehidupan akhirnya Bob Lokman menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat semalam.

Allahyarham Bob Lokman pernah membuat coretan ketika beliau sakit,

“Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah. Selera makan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu.

“Hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai sini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki.

“Sahabatku, terima kasih atas segala bantuan dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dan doamu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz.”

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menerima segala amal ibadahnya, dan menempatkan roh Allahyarham Mohd Hakim Bin Lokman bersama hamba-hambaNya yang soleh.

Bissiril Fatihah

*Jangan cepat menilai dan menghukum seseorang, jangan pandang serong pada anak seni kerana mereka ada cara tersendiri untuk membawa dan berdakwah agama Islam.

*Kalau nak tahu serba sedikit mengenai perjalanan hidup arwah Bob Lokman cubalah cari bukunya Aku, Isabella dan Tok Kenali.

Tengku Daeng Mawelle