“Salah ke aku kerja macam ni, hina ke kerja aku, takkan sebab aku tak dapat kerja kerajaan kena cop kerja merapu”

“Salah ke aku kerja macam ni, hina ke kerja aku, takkan sebab aku tak dapat kerja kerajaan kena cop kerja merapu”

 

Aku Tiha. Umur aku 28 tahun . Aku anak bongsu. Dari 6 adik beradik. Semua adik beradik aku kerja bagus. Kerja kerajaan. Gaji banyak. Ribu riban. Dah ada kereta mewah, ada rumah sendiri. Rumah lebih daripada satu. Siap boleh sewakan dekat orang lain.

Dalam semua anak mak, aku sorang je kerja merapu. Maksudnya, kerja biasa. Kerja bukan kerajaan. Aku kerja area manager, dekat satu retail outlet. Dah lama dah kerja ni, kerja merapu. Bak kata adik beradik aku. Aku tertanya – tanya juga kadang – kadang tu.

Salah ke aku kerja macamni. Teruk sangat ke kerja aku. H1na ke kerja aku. Takkan sebab aku tak dapat kerja kerajaan, aku kerja biasa ni kena cop kerja merapu. Dulu, masa mula – mula kerja. Kerja cashier. Teringat masa tu. Masa tu umur 19.

Masa tula masa yang paling h1na aku rasa. Bila berkumpul adik beradik, akulah yang paling h1na sekali. Terasa, terasa sangat. Bila aku memilih kerja daripada belajar. Semua orang mengata aku. Bandingkan aku dengan sepupu sepapat yang sama baya.

Semua masuk universiti. Semua dapat kerja kerajaan. Aku sorang je kerja merapu ni.. Orang kata kerja takda masa depan. Siap tolong kirakan gaji aku, berapa jam kerja dengan gaji aku. Murah, aku tahu murah. Tapi sekecil – kecil gaji aku pun tak pernah pun aku minta tolong dengan sesiapa. Sekurangnya, gaji tu cukup dengan kehidupan aku..

Aku bawa bekal setiap hari.. Masak sendiri. Bawa air dalam botol sendiri. Itupun orang mengata. Orang kata aku tak mampu nak makan luar. Berjimat sangat. Sedangkan kan bagus bekal sendiri, terjamin bersih dan sihat.

Sekali dua kata, okay lagi. Tapi kalau tiap kali balik berkumpul, cakap benda sama. Jadi bosan tahu tak. Jadi sedih. Tapi tak apa. Aku pendam. Aku tahankan. Tiap kali hati aku terguris, aku akan pujuk hati aku. Ingat balik niat aku kerja ni untuk apa.

Aku kerja nak cari duit, nak jaga mak, nak bahagiakan mak. Bukan nak kaya bermegah – megah, bukan nak disanjung orang. Bukan nak pujian orang. Tiap kali hati aku terIuka, mak akan tenangkan aku. Mak akan minta aku abaikan cakap orang, mak malah ucapkan terima kasih, sebab tak cari kerja jauh – jauh, tak tinggalkan dia sendirian di rumah ni.

Aku ingat yang tu je. Aku nak selalu dekat dengan mak. Apa apa hal, mak s4kit ke apa, aku ada. Aku nak selalu bahagiakan mak. Apa dia nak, aku nak tunaikan. Dan tahun demi tahun berlalu. Dah ada peningkatan dalam kerjaya aku, dah naik pangkat.

Dari cashier jadi assistant, dari assistant jadi supervisor, dari supervisor jadi asisstant manager. Perlahan, aku tahu perlahan. Progress yang lambat. Tapi nikmatnya aku rasa. Berkatnya aku rasa, manis. Dari gaji aku RM900. Sekarang gaji aku RM4500. Cukup. Terlebih cukup untuk aku hidup berdua dengan mak di pekan kecil ini.

Dah dua tahun berturut turut, aku terpilih ikut lawatan syarik4t ke luar negara. Tiap minggu bawa mak berjalan, makan di tempat yang viral. Mana tempat baru, semua mak nak cuba. Belikan emas untuk dia beberapa bulan sekali, belikan pasu untuk dia penuhi masa lapang dia.

Kalau orang tengok aku yang sekarang, orang takkan percaya apa aku dah lalui hampir 10 tahun dulu.. Bila dah senang sikit ni, barulah adik beradik berhenti mengata. Siap ada nak pinjam duit pun ada. Ingat orang kerajaan kaya sangat, hujung bulan k0rek celah sofa juga. Kaya loan je. Huhu. Jangan tr1gger, bukan semua.

Kalau aku, dapat kerja kerajaan.. Bersyukur sangat. Sebesar besar rahmat dah rasa tu. Orang pandang tinggi, orang respect. Gaji tetap, ada masa depan. Yang penting, boleh bantu mak ayah. Tapi adik beradik aku, macam malu nak mengaku asal orang susah.

Kawan dengan dato – dato yang ada bmw, veIIfire. Balik kampung sekejap pun banyak meng0mel. Nyamuklah, panaslah, kotorlah. Dulu tak macamtu pun. Sejak akhir – akhir ni la perasan. Makin somb0ng. Makin berIagak.

Nak cakap apa ikut sedap hati je.. Suka rendahkan orang, sesuka hati. Konon dalam dunia ni dioranglah paling cerdik dan pandai dalam segala hal. Semua orang lain low class. Tak ada wawasan. Jadi demi keselesaan mak aku buatlah rumah ni bagi elok lagi. Bagi mak selesa.

Mak aku ni pun satu. Suka menyimpan barang tak guna. Aku tau, mak kau pun sama kan. Jadi tanpa beIas kasihan, aku buang jela. Supaya rumah ni sentiasa bersih dan lapang. Haha. Bila rumah dah cantik, rajin pulak diorang balik.. Yela dah selesa kan.

Nak tolong kemaskan atau nak tong – tong duit cantikkan rumah mak ni memang tak la. Tahu nak komplen je. Bila orang buat pandai nak tumpang. Taktau susah payah aku cari tukang yang boleh pasang tiles upah murah.

Taktau susah payah aku habiskan hari cuti mengecat rumah ni sendirian. Sehari je aku cat, besok aku aku upah tukang sambung cat sebab aku dah tak larat. Yang sedih sangat. Mak aku macam tak selesa bila abang aku balik.

Sebab dia suka komplen pasal rumah ni la dulu kan. Kesian mak.. Terguris hati mak. Kata – kata yang kasar dan pedih. Tapi sejak aku dah besar ni, sorry ya. Jangan berani sesapa nak Iukakan hati mak. Aku akan jadi peris4i yang jaga hati dan jas4d mak, takda sapa boleh Iukakan hati mak lagi.

Balik rumah pakai tuala rumah mak, tuala mak berbulu kasar tak macam tuala hotel. Eh aku sound je balik, lain kali bawa balik tuala sendiri, jangan nak bising – bising. Bila aku dah senang sikit ni, barulah diorang berhenti mengata dan merendahkan aku.

Barulah diorang respect aku selayaknya manusia. Barulah diorang berhenti membandingkan diri aku dengan diorang. Memang hidup ni sekej4m tu ke. Masa kita di bawah, kita dih1na. Bila berduit, baru orang pandang kita.

Lupakah kita. Hidup ni macam roda.. Akan berputar, bukan selamanya kita di bawah. Akan tiba satu saat kita di atas. Takkan nak tunggu kaya raya baru orang nak hormat? Ya. Jawab hati aku sendiri. Kita hidup di zaman yang kebanyakan manusia hidup berkiblatkan wang ringgit. Ada duit, welcome. Kau miskin, boleh blah.

Sedih. Sad truth. Tak semua orang nak jadi kaya. Ada orang bahagia dalam kesederhanaan. Aku pun walaupun tak kaya pun, aku rasa hidup aku dah sempurna. Ada myvi lagi best, ye pilihan mak aku. Dia nak sangat warna kuning. Aku nak warna hitam. Haha.

Ye myvi je, bukan honda pun. Tapi aku bahagia. Boleh jalan jauh. Shopping puas puas dengan mak, lepastu tidur hotel mana – mana. Macam vacay. Every month. Aku happy, mak pun happy. Dalam kesederhanaan. Menghargai dan dihargai.. Berhentilah mencari bahagia. Live your life. Hargai setiap yang datang, ikhlaskan setiap yang pergi.. Bahagia akan datang sendiri tanpa perlu dicari.

Membesar tanpa seorang insan bergelar ayah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Aku struggIe dari kecik sampai besar, membesar tanpa ayah. Ada mak je. Jadi aku sangat menghargai mak.. Dulu masa ayah ada, selalu dia bawa mak jalan.

Lepas ayah takda, mak dah lama tak jalan makan angin. Bila aku dah besar, dah bekerjaya. Dah ada kereta, aku bawa mak jalan puas – puas. Semua tempat yang dia nak. Sebab adik beradik lain pergi melancong mana – mana tak pernah pun peIawa mak. Sedih tau.

Pergi mana – mana, tak cerita kat mak, jauh sekali nak pelawa mak.. Mak ada facebook. Bila dia cakap, tengok ni Aliff (abang aku) dengan family pegi Krabi lahh. Seronoknya. Bayangkan. Rasa hancur hati aku.. Abang pergi dengan kawan – kawan dia. Trip dato – dato. Takkanlah nak bawa mak yang kampung ni kan.

Takpa. Kalau kau semua tak boleh bawa mak, biar aku yang kerja merapu ni buat. So korang yang mana masih ada mak ayah tu. Tolonglah, tolong hargai mereka. Bila dah senang sikit ni, selalu doa minta Allah pegang hati aku semoga aku tak mudah lupa diri.

Semoga aku dijagaNya, semoga hati aku sama ikhlas macam dulu walau berapa pun duit ada dalam simpanan aku. Semoga dengan kemewahan yang tak seberapa ini aku dapat bantu lebih ramai insan memerIukan. Akhir kata, tujuan aku confess ni cuma nak mengingatkan sesama manusia bahawa hidup ini cumalah persinggahan yang sementara. Tiada yang abadi.

Jadi buatlah kebaikan sebanyak banyaknya. Miskin atau kaya itu bukan alasan untuk kita berhenti menyebarkan kebaikan. Dan kalau ada adik beradik yang kerja biasa – biasa, janganlah h1na dia. At least dia kerja. Dia usaha cari rezeki sendiri. Dia tak susahkan orang.

Kerja biasa – biasa pun kalau ikhlas, gaji tu berkat tau.. Support dia. Dia kerja keras. Kenapa nak h1na dia? Semua manusia layak dihormati.. Sapa pun dia, apa pun kerja dia. Kita takda hak nak downgrade kerja orang lain.

Dan, selagi mak ayah masih ada.. Selalu jenguk mereka. Jangan tunggu jasad tua tu dibalut kafan baru kau nak menangis sampai keluar air mata darah. Sekian peringatan. Bye, nak bawa permaisuri gi makan cendol. Pipi dia dah merah – merah hehe. – Tiha (Bukan nama sebenar)