“Saksi kejadian ada share video dashcam” – Tutup nombor plat dengan plastik, peragut guna taktik baru elak dikesan

“Saksi kejadian ada share video dashcam” – Tutup nombor plat dengan plastik, peragut guna taktik baru elak dikesan

 

Satu video rakaman dashcam telah tular baru-baru ini menunjukkan seorang penunggang motosikal telah diragut oleh penunggang motosikal yang lain.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Zarina, Persiaran Raja Muda Musa yang terletak di Klang, Selangor.

Menerusi hantaran video oleh @MALAYSIAVIRALLL di X, ia menunjukkan sebuah motosikal yang ditunggangi oleh mangsa telah diekori rapat oleh si peragut yang sama menaiki motosikal.

Tiba-tiba, barang mangsa ditarik sehingga menyebabkan dia terjatuh dan tergolek beberapa kali di atas jalan raya. Lebih menyedihkan, mangsa tersebut telah dilanggar lari oleh peragut tersebut.

Sakit hatinya aku tengok video ni.. tengok tergolek macam tu..

Walaupun video rakaman itu boleh dijadikan bukti untuk siasatan, rupa-rupanya peragut tersebut sudah merancang taktik untuk mengelakkan dirinya dikesan oleh pihak polis.

Rupa-rupanya, peragut itu sudah memasang plastik untuk menutup nombor plat motosikalnya.

Saksi kejadian ada share video dashcam.. bijak peragut ni.. ragut adik aku. tutup nombor plat dengan plastik. Dalam beg tu ada Iphone 14, duit cash, dompet, kad pengenalan, kad bank. Kaki tangan luka.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung video rakaman dashcam yang tular ini.

Di ruangan balas, rata-rata netizen di X tidak berpuas hati dengan peragut tersebut. Selain itu, ada juga yang memberi nasihat kepada umum mengenai keselamatan ketika menunggang motosikal.

Ragut 1

Ragut 2