Sah! Mahathir, Shafie, Hadi dipanggil menghadap Agong

Sah! Mahathir, Shafie, Hadi dipanggil menghadap Agong

Pengerusi Penaja Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal akan menghadap Yang Dipertuan Agong Khamis ini.

Mahathir dijadualkan menghadap jam 2.30 petang manakala Shafie jam 4 petang, kata sumber yang rapat dengan pejabat Mahathir.

Presiden Pas, Daruk Seri Abdul Hadi Awang juga menerima surat panggilan oleh Yang Dipertuan Agong untuk menghadap baginda, namun tarikhnya belum ditetapkan.

Surat kepada Hadi telah diterima pada jam 4 Jun lepas, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Ketua Penerangan, Ulya Aqamah Husamudin pula mengesahkan jadual Mahathir tersebut kepada Bernama.

“Jemputan dari Yang Dipertuan Agong diterima minggu lepas,” kata Ulya sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama.

Sebelum ini, Straits Times Singapura melaporkan, Sultan dan Raja-raja Melayu akan bertemu dengan Yang Dipertuan Agong 16 Jun ini.

Menjelang pertemua itu, Yang Dipertuan Agong akan bertemu dengan semua pemimpin parti politik.

Sumber: Malaysiadateline