Sah buah pinggang anda tengah kronik jika ada 11 tanda awal ini

Sah buah pinggang anda tengah kronik jika ada 11 tanda awal ini

 

Umum mengetahui bahawa manusia hanya mempunyai sepasang buah pinggang sahaja. Buah pinggang inilah yang berfungsi untuk menyingkirkan segala kotoran dalam badan.

Malah buah pinggang juga berfungsi untuk membuang segala air lebihan badan melalui air kencing. Dalam erti kata lain, buah pinggang ini penting sebagai penapis badan iaitu dengan menyingkirkan segala toksin dalam tubuh badan seseorang itu.

Memiliki buah pinggang yang baik dapat memastikan badan anda sentiasa sihat. Namun, mungkin ada antara anda yang sedar atau pun tidak sedar mengenai tanda-tanda umum yang menunjukkan sama ada anda ini mengalami kegagalan buah pinggang ataupun tidak.

Menjadi tanggungjawab kita terhadap badan kita sendiri dengan mengetahui tanda-tanda seseorang itu mengalami kegagalan buah pinggang.

Anda mungkin tidak berminat untuk mengetahuinya tetapi jika anda mengambil berat serba sedikit, anda mungkin boleh menyelamatkan orang tersayang yang berada disekitar anda.

Untuk mencegah penyakit ini, anda perlu tahu simptom-simptomnya terlebih dahulu. Seperti kata-kata inspirasi ‘Mencegah terlebih dahulu adalah lebih baik daripada mengubati’.

Mari ikuti perkongsian daripada laman Twitter rasmi milik Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah.

Semoga bermanfaat!

11 Tanda-tanda Awal Sekiranya Anda Mengalami Kegagalan Buah Pinggang

Adakah buah pinggang anda sihat?

Dikongsikan tanda-tanda sekiranya anda mengalami kegagalan buah pinggang?

Sebahagian besar pesakit buah pinggang dikesan ketika buah pinggang 90% telah rosak.

Prihatin dengan kesihatan buah pinggang anda.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia terdapat 11 tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit buah pinggang yang kronik. Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut.

1. Sering merasa lesu dan lemah serta pucat kerana kekurangan darah merah.

2. Mengalami kegatalan pada seluruh badan.

3. Bengkak di bahagian pergelangan kaki.

4. Kencing yang berbuih.

5. Kerap kencing terutamanya pada sebelah malam.

6. Mengalami penyakit darah tinggi di usia muda atau bacaan tekanan darah yang sukar dikawal.

7. Sering berasa mual, muntah dan hilang selera makan.

8. Mengalami sesak nafas.

9. Kekeliruan di tahap yang melarat.

10. Darah keluar bersama-sama dengan air kencing.

11. Pengeluaran air kencing berkurangan.

Sekiranya anda atau orang di sekeliling anda mengalamai mana-mana tanda di atas, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengesan penyakit buah pinggang ini pada peringkat awal.