Safee Sali umum letak jawatan Presiden PFAM

Safee Sali umum letak jawatan Presiden PFAM

Safee Sali umum letak jawatan Presiden PFAM

Selepas dua penggal memimpin Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sejak 2019 lalu, akhirnya bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden.

Menerusi satu pengumuman di laman sosial miliknya, pemenang Kasut Emas Piala AFF 2010 itu mengakui sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Katanya, dia mendoakan agar PFAM terus berjaya di bawah kepimpinan baharu kelak dalam usaha menegakkan suara dan menjaga kebajikan pemain-pemain profesional di negara ini.

“Hari ini, saya mengumumkan secara rasmi peletakan jawatan saya sebagai Presiden PFAM.

“Saya akan terus menyokong PFAM dengan cara yang baharu dan teruja untuk melihat apa yang bakal datang. Terima kasih kepada semua atas kenangan yang hebat,” katanya.

Sepanjang tempoh Safee memimpin PFAM, beberapa isu babitkan masalah pemain dilihat berjaya menemui penyelesaian.

Antaranya babitkan kes tunggakan gaji termasuk isu Kuantan Marcerra FA di mana pemilik kelab terbabit akhirnya diheret ke muka pengadilan.