Saarani kata BN, UMNO ‘tak takut’ Anwar bertanding di Perak

Saarani kata BN, UMNO ‘tak takut’ Anwar bertanding di Perak

 

Sesiapa pun boleh bertanding dalam mana-mana kerusi Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuklah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang membenarkan rakyatnya untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang diminati.

Kata beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, mana-mana pihak tidak boleh menghalang sesiapa untuk bertanding di kawasan Parlimen di negeri ini.

“Baguslah habaq (beritahu) awal, jadi kami boleh buat persiapan awal,” kata Saarani mengulas laporan berita menyatakan PKR Perak menawarkan Presiden parti itu bertanding kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU akan datang.

Sumber: Kosmo

COMMENTS