Saarani angkat sumpah Menteri Besar Perak petang ini

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad, dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini, selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu dinamakan sebagai calon tunggal untuk mengisi jawatan berkenaan.
Beliau berkata, majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar jam 5.30 petang ini.
Terdahulu, BN dan PH melalui kenyataan bersama bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.
Pembentukan kerjasama menerusi gabungan dua parti itu memperoleh sokongan 33 ADUN, sekali gus melepasi majoriti mudah 30 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.