“Kebodohan ni tiada cuti, hari Ahad pun dia sapu” – Ryzal Duriankimchi selar netizen

“Kebodohan ni tiada cuti, hari Ahad pun dia sapu” – Ryzal Duriankimchi selar netizen

 

“Kebodohan ni tiada cuti, hari Ahad pun dia sapu” – Ryzal Duriankimchi selar netizen

Kalau korang mengikuti perkembangan influencer terkenal, Ryzal dan Maryam Duriankimchi, korang mesti geli hati melihat keletah anak mereka, Rina yang comel ni.

Terbaru, sebuah video berkenaan Rina telah dimuat naik di page Duriankimchi memaparkan anak kecil itu sedang menjamu selera makanan tradisi Korea, Jjajang Tteokpokki.

Bagi yang tak tahu apa tu Jjang Tteokpokki, ia merupakan kek beras kenyal yang disaluti sos kacang hitam.

Dalam video itu, Rina kelihatan berselera dan menghabiskan makanan tersebut dalam tempoh masa sekejap saja. Malah sebelum makan juga, Rina dilihat membaca doa makan, siap cakap ‘Alhamdulillah’ lagi bila selesai makan. Bagusnya didikan ibu ayah dia. 

Walau bagaimanapun, video comel tersebut telah menerima beberapa komen negatif netizen yang mempersoal tindakan Maryam memberi anak mereka makan makanan tradisi Korea Selatan.

Salah satu komen juga menyebut, “Patut kau dah masuk Islam bagi anak makan tekak Melayu”telah menyebabkan Ryzal tampil memberi balasan komen pedas.

“Dia macam ni kak, saya nak mencarut tak baik, tapi saya bagi perumpamaan sama kakak cakap ni.

“Bila dah Melayu patutlah letak gambar profile kain batik ke songkok ke, bukan gambar luar negara. Saya anggap ini ujian saya berdepan manusia terencat. Astaghfirullah maaf terlepas,” tulisnya.

bodoh

kebodohan melampau

Walau bagaimanapun, tidak semua di ruang komen memberikan kritikan sebegitu dan rata-rata memuji kebolehan Rina mencuba pelbagai jenis makanan serta keletah anak kecil ini yang kelihatan sangat pintar.

Sabar jelah ye dengan komen-komen begitu. Harap Ryzal dan Maryam abaikan je orang yang bersikap negatif macam tu.