Ryan Bakery selamat bernikah, kini suami Elyia Ibrahim

Ryan Bakery selamat bernikah, kini suami Elyia Ibrahim

 

Selepas lima bulan bertunang, personaliti TikTok Ryan Fahmi Bakery selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Elyia Ibrahim jam 11 pagi tadi.

Menerusi tinjauan di beberapa platform, gambar dan video sekitar majlis pernikahan pempengaruh berusia 27 tahun itu mula dikongsi oleh pengguna media sosial.

Adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan abangnya.

Selamat pengantin baharu!

Sementara itu, seorang pengguna aplikasi TikTok @multazamnasir yang diundang bagi menghadiri majlis tersebut sempat merakam ucapan daripada Ryan selepas bergelar suami.

Sedikit kata-kata untuk orang ‘single’

@multazamnasir

Kata kata untuk orang single daripada @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

♬ original sound – MulNas Legacy – MulNas Legacy

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Ryan dan isteri yang dilihat mengenakan persalinan serba putih meninggalkan pesanan ‘teruskanlah hidup walaupun tidak berguna’ dengan nada bergurau.

Melihat reaksi warganet di laman Twitter pula, rata-rata menyambut baik berita gembira itu sekali gus mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Ryan.

Bestnya! Tahniah

Teringat dialog video dia

Lelaki kelakar memang jadi pilihan

Korang pula bila nak kahwin?

Namun, tiada butiran lanjut seperti lokasi, mas kahwin atau hantaran berhubung majlis pernikahan tersebut. Apapun, selamat menjalani kehidupan rumah tangga buat Ryan dan pasangan!