Rupanya ramai tak tahu ada kedai ‘barber’ wanita gunting rambut lelaki, isteri diminta awasi suami

Rupanya ramai tak tahu ada kedai ‘barber’ wanita gunting rambut lelaki, isteri diminta awasi suami

 

Tular di media sosial memaparkan beberapa wanita gunting rambut lelaki di sebuah kedai dipercayai terletak di Kedah sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video tular dikongsikan pengguna X dikenali rabbaniahmad_, jelas kelihatan sekumpulan wanita dipercayai tukang gunting rambut sedang menawarkan servis gunting rambut kepada pelanggan.

Apa yang menarik perhatian dan mengejutkan ramai adalah pelanggan tukang gunting rambut wanita itu tersebut dipercayai lelaki dan bukannya wanita.

wanita gunting rambut lelaki

Ekoran itu, individu terbabit meminta orang ramai terutama golongan isteri mengawai tingkah laku suami mereka terutama yang mahu pergi menggunting rambut.

Menurut individu terbabit, ia bagi memastikan tiada sebarang ‘kesan’ dan akibat sekiranya suami mereka pergi kedai gunting rambut yang dilakukan oleh wanita.

“Lepas ni, kalau si suami cakap nak pergi gunting rambut, kena tanya dia kat mana? Kemudian, kena (isteri) ikut dia,” katanya.

Dalam pada itu, individu terbabit sempat berseloroh dengan mengatakan si suami pastinya akan membawa balik ‘madu’ (isteri) baru selain stail rambut.

“Kita bukan apa, risau je ka. Tiba-tiba balik bukan rambut je baru, silap-silap dapat madu baru,”             selorohnya dalam hantaran tersebut.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet terutama kaum lelaki yang bertanya akan lokasi kedai gunting rambut tersebut.