Rupanya pakar meteologi dah beri amaran banjir besar, tapi dibalas “thank you prof, I take note” saja

Rupanya pakar meteologi dah beri amaran banjir besar, tapi dibalas “thank you prof, I take note” saja

 

Banjir besar yang melanda beberapa kawasan terutama di Lembah Klang yang baru pertama kali terjadi sememangnya sesuatu yang tidak dijangka oleh penduduk setempat.

Dalam kejadian itu, pelbagai kisah mengayat hati terutama mangsa-mangsa banjir yang terperangkap selama lebih 24 jam beserta anak-anak yang masih kecil. Itu belum lagi mangsa yang meninggal dunia disebabkan lemas.

Pakar dah bei amaran tapi tidak diendahkan?

Baru-baru ini, tular di lama Twitter yang mendakwa seorang prof telah memberi amaran akan banjir besar ini kepada media sebelum 17 Disember lalu namun tidak diambil peduli.

Menurut pengguna Twitter dikenali sebagai @neyrashazeyra itu memaklumkan perkara tersebut disampaikan sendiri oleh Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah daripada Universiti Malaya selaku pakar meteologi di sebuah rancangan televisyen.

Dalam rancangan tersebut, Dr Azizah menyatakan bahawa dia telah memaklumkan akan banjir besar yang bakal berlaku kepada seorang wartawan.

Pada 17hb, saya tulis kepada seorang reporter, bahawa kita patut bertahan untuk kejadian banjir besar. Reporter tu berkata, thank you prof, I take note…” katanya dalam rancangan tersebut.

 

Sehubungan dari hal tersebut, pelbagai reaksi yag diberikan oleh netizen. Rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang tidak peka akan maklumat yang diterima dari pihak yang boleh dipercayai.

Malah, ada juga yang memuji watak prof berkenaan seolah-olah watak dalam sebuah filem.

Bila suara bijak pandai diketepikan

Dia orang lupa konsep berjaga-jaga