Rupanya ada ‘realiti gelap’ anak ketagih tengok Cocomelon, pakar dedah ibarat ‘kokain’…

Rupanya ada ‘realiti gelap’ anak ketagih tengok Cocomelon, pakar dedah ibarat ‘kokain’…

 

Mesti anda ingat salah satu trend di laman Tiktok apabila kanak-kanak akan kelam kabut berlari setelah ibu bapa mereka memaikan muzik pembukaan animasi tersebut bukan? Ini sudah cukup membuktikan bahawa Cocomelon merupakan animasi hiburan yang sangat popular.

Namun, di sebalik keseronokan menonton kartun ini, rupanya ada ‘realiti gelap’ anak ketagih tengok Cocomelon!

RUPANYA ADA ‘REALITI GELAP’ ANAK KETAGIH TENGOK COCOMELON

Tahun lepas, ia menjadi rancangan kartun paling banyak ditonton di seluruh dunia dengan mengutip sebanyak 115.6 billion views di bahawa kategori pendidikan. Namun, di sebalik keseronokkan kartun ini rupanya ada sisi ‘realiti gelap’ yang memberikan kesan buruk kepada anak-anak!

@xo.anastacia.xo

It’s her dropping the pony for me 😂 #fyp #cocomelon

♬ original sound – cocomelon

Namun begitu, seorang pakar kanak-kanak iaitu Jerrica Sannes mendedahkan ‘realiti gelap’ siri kartun ini. Bagi ibu bapa mungkin anak anda belajar banyak benda positif melalui siri Cocomelon ini.

Sebenarnya, berbanding telefon, ia mengundang lebih banyak impak buruk kerana elemen penyerapan bunyi, cahaya skrin dan flashes memberikan pengalaman deria (sensory experience) yang agak keterlaluan kepada otak kanak-kanak. Terdapat perkongsian video yang memaparkan perbandingan kartun Cocomelon vs My Little Pony.

@thecircusbrain

#cocomelon #cocomelonchallenge vs #sesamestreet 😒

♬ Oh No – Kreepa

UMPAMA ‘KOKAIN’ YANG BUAT ANAK KETAGIH

Dengan paparan warna yang terlalun terang serta pertukaran babak terlalu kerap iaitu setiap 2 saat, Cocomelon seumpama menjadi ‘kokain’ yang membuatkan anak-anak anda ketagihan skrin. Berikut merupakan impak negatif yang disenaraikan oleh pakar:

1. Kanak-kanak bakal membesar dengan kemahiran kawalan kendiri yang lemah.

2.Tahap perhatian dan tingkah laku berisiko menyerupai penghidap ADHD atau autisme.

3.Kanak-kanak gagal bermain secara kreatif dan terlalu bergantung kepada konten hiburan.

1. Kanak-kanak bakal membesar dengan kemahiran kawalan kendiri yang lemah.

2.Tahap perhatian dan tingkah laku berisiko menyerupai penghidap ADHD atau autisme.

3.Kanak-kanak gagal bermain secara kreatif dan terlalu bergantung kepada konten hiburan.