Rupanya Abang Viva Viral masih bujang, kini jaga dua anak buah lepas kakak meninggal dunia

Rupanya Abang Viva Viral masih bujang, kini jaga dua anak buah lepas kakak meninggal dunia

 

Nama Azwan Omar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kemuliaan hati pemuda dari Melaka ini membantu mangsa-mangsa banjir menggunakan bot persendiriannya telah membuatkan ramai yang kagum dengan kebaikkan yang ditunjukan.

Sama sekali tidak mengharapkan populariti, pemuda berusia 28 tahun ini telah memandu seorang diri dari Melaka menuju ke kawasan-kawasan banjir dengan hanya berbekalkan RM50 demi menyelamatkan ramai mangsa.

Jaga 2 orang anak arwah kakak

Disebabkan itu, dia telah menjadi perhatian ramai dan digelar ‘Abang Viva’ oleh masyarakat media sosial.

Namun, sebalik kemurnian hatinya membantu orang lain, ternyata dia sendiri telah menjadi kebanggaan keluarga apabila sudi menjaga dua orang anak kakaknya yang telah meninggal dunia walaupun dia sendiri belum berkahwin.

Masih single belum berkahwin

Hal tersebut diceritakan sendiri Azwan ketika dihubungi oleh UtusanTV. Pemuda tersebut secara berseloroh memaklumkan dia masih ‘single’ memandangkan belum berkahwin lagi.

Ditanya perihal tindakannya yang mengambil cuti kecemasan demi membantu mangsa-mangsa banjir, pemuda berkenaan menyatakan yang dia bertawakal sahaja ketika mula bergerak ke Selangor dengan membawa bot yang biasa digunakan untuk memancing.

 

Jaga anak yatim, tolong orang susah mulianya hati

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kagum dengan kisah hidup Abang Viva yang ramai tidak tahu.

Oleh sebab itu, ramai yang beranggapan bahawa darjat pemuda tersebut diangkat oleh Allah S.W.T disebabkan ketulusan hatinya membantu ramai orang tidak kira ahli keluarga serta mangsa banjir ketika ini.

Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menerima ganjaran yang baik daripada Maha Pencipta/

Silap haribulan dia kahwin ramai yang nak sponsor

Allah angkat darjat dia

Semoga pahala buat mu bang