Rupa-rupanya ini adalah cara yang betul bancuh susu formula untuk anak

Rupa-rupanya ini adalah cara yang betul bancuh susu formula untuk anak

Umum mengetahui, setiap anak yang tidak lagi menyusu badan akan mula diberi minum susu formula. Sudah pasti, setiap parents pasti akan pilih brand yang terbaik bagi membantu tumbesaran cahaya mata. Malah, cara membancuh minuman itu juga perlu diambil berat kerana mampu mendatangkan masalah kepada kesihatan si kecil.

Cara bancuh susu formula untuk anak dengan betul

Menerusi perkongsian the.dressar di laman TikTok, pegawai perubatan itu telah tampil mendedahkan cara yang tepat dalam membancuh susu formula.

Selain gunakan air yang suam, lelaki tersebut menjelaskan bahawa para ibu bapa perlulah sukat air terlebih dahulu sebelum memasukkan serbuk berkenaan.

Jika tidak, ia mampu mendatangkan risiko sembelit kepada anak akibat kuantiti susu yang berlebihan.

Tak Sangka Anak Boleh Sembelit, Rupanya Ramai Parent Salah Goncang Botol Susu

Jangan goncang susu untuk larutkannya

Pada masa sama, lelaki tersebut juga melarang bagi mengoncangkan botol ketika ingin larutkan susu.

Katanya, perbuatan itu mampu hasilkan buih yang banyak dan akan menyebabkan perut si kecil menjadi kembung.

Oleh itu, setiap pasangan suami isteri digalakkan untuk mengacau minuman berkenaan dengan sudu atau mengoyangkannya dengan perlahan.

@the.dressar

Reply to @heyla_910

♬ Dewi – Dewa 19

Mak saya selalu goncang susu macam tu, patutlah perut saya buncit sampai sekarang…thank you infonya, saya baru tahu ni

Menjengah pada ruangan komen, siapa sangka rata-rata netizen juga akui baru tahu tentang teknik yang betul ketika membancuh susu.

Malah, mereka juga sempat berkongsikan beberapa cara lain yang sering diamalkan ketika menyusukan anak.