Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Polis sahkan 2 mangsa maut, 3 selamat

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Polis sahkan 2 mangsa maut, 3 selamat

Dua wanita maut, manakala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan itu dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.

“Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak.

Insiden itu telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion. – AA