Rumah usahawan popular dipecah masuk, hilang jongkong emas & wang tunai lebih RM3 juta
Seorang usahawan wanita terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian melibatkan jumlah luar biasa akibat sebuah jenayah pecah masuk yang berlaku di rumahnya pada malam tadi.
Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 10 malam bertempat di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.
Hasil siasatan awal mendapati, suspek jenayah tersebut sempat merosakkan kamera CCTV yang dipasang di kediaman ahli perniagaan berusia 43 tahun berkenaan.
Kemudian, penjenayah bertindak melarikan sejumlah barangan berharaga berupa jongkong emas serta wang tunai lebih RM3 juta yang ditempatkan dalam peti besi, barangan kemas ahli keluarga lain serta beberapa beg tangan mewah.
Secara keseluruhannya, usahawan terbabit yang juga seorang influencer terkenal kini menanggung kerugian sekitar RM3.5 juta.
Laporan polis sudah pun dibuat dan mana-mana pihak yang mempunyai info mengenai kejadian tersebut diharapkan dapat memberikan kerjasama.
Difahamkan sewaktu kegiatan jenayah itu berlaku, rumah berkenaan berada dalam keadaan tidak berpenghuni. Pihak forensik kemudiannya turut hadir ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.
Sampai saat ini, identiti sebenar usahawan itu belum didedahkan oleh mana-mana pihak lagi dan terus menjadi persoalan.
@buletintv3 Kediaman Usahawan Wanita Dipecah Masuk, Kerugian Dianggar RM3.5 Juta #beritaditiktok #buletintv3 #rompak #pecahmasuk