Rumah di London AS$10 juta, SPRM siasat bekas CEO Astro

Rumah di London AS$10 juta, SPRM siasat bekas CEO Astro

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, merekod keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan.

Sumber berkata, SPRM memulakan siasatan susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ia adalah berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta) kepada Rohana.

“Siasatan itu akan dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, Rohana hadir di SPRM Putrajaya pada 9 pagi tadi.

Terdahulu, perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat (AS) menjadi sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan sulit dengan Rohana.

Media antarabangsa melaporkan, Leissner menjelaskan hubungannya dengan Rohana berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.

Hubungan mereka kemudiannya berakhir apabila Leissner berkahwin dengan selebriti Kimora Lee.