Ruhainies kongsi quote Islamik, “Akibat sebarkan aib orang lain & 4 golongan yang haram disentuh api neraka”

Ruhainies kongsi quote Islamik, “Akibat sebarkan aib orang lain & 4 golongan yang haram disentuh api neraka”

 

Pelakon Ruhainies dilihat ada berkongsikan petikan mengenai empat golongan yang haram disentuh api neraka di Insta Story miliknya.

Menerusi petikan itu, empat golongan tersebut adalah Hayyin, orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.

Kedua, Qarib iaitu orang yang akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara dan murah senyum jika bertemu.

Ketiga, Layyin iaitu orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan sesama manusia.

Terakhir adalah Sahl, orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.

Sementara itu, Ruhainies turut memuat naik dua lagi petikan berkenaan aib seseorang serta akibat menyebarkan aib.

Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff memaklumkan bahawa mereka bakal memberikan kenyataan rasmi berkenaan isu khalwat yang berlaku, Sabtu lalu.

Difahamkan, sebelum ini pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunggu pasangan kontroversi itu membuka pintu selama tiga jam ketika serbuan dijalankan di kediaman aktres terbabit.

Malah, pihak JAWI terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk memecahkan pintu kediamannya sekiranya mereka enggan memberi kerjasama.

Ruhainies bagaimana pun menegaskan terdapat beberapa fakta yang tidak tepat dan memohon agar orang ramai berhenti membuat spekulasi.