“Roti John original guna roti Perancis, kenapa kat Malaysia jadi lain & banyak sos” – Netizen Singapura

“Roti John original guna roti Perancis, kenapa kat Malaysia jadi lain & banyak sos” – Netizen Singapura
Setiap kali bulan Ramadan tiba, juadah Roti John pasti menjadi rebutan. Ramai sanggup beratur untuk mendapatkannya.
Baru-baru ini YouTuber makanan popular, Pian Padu Beb Studios berkongsi pengalamannya membeli Roti John di negara jiran, Kota Singa.
Menerusi video TikTok dikongsikannya, kedai yang menjual makanan itu berbeza daripada selalu ada yang ada di Malaysia.
Peniaga tersebut menggunakan roti jenis French Loaf, isi daging kambing, telur dan cili sos tak melimpah-ruah seperti di Malaysia.
@padubebstudios Roti John Ori Dari Singapore Guna French Loaf? PaduBebBros RotiJohn Singapore
Pembuatan Roti John itu membuatkan Pian berasa kagum. Harga untuk sebuah cumalah SGD5 bagi yang biasa. Jika tambah keju, harganya SGD5.50.
Ramai netizen dari Singapura meninggalkan komen pada video berkenaan.
Mereka menegaskan Roti John berasal dari negara Singapura. Kata mereka juga yang asli memang dibuat seperti begitu.
“Yang asli memang dari Singapura, Taman Serasi Kebun Bunga,” – TikTok @abdulazizismail53
“Kalau nak tahu Roti John Singapura bermula di Taman Serasi, dekat Singapore Botanical Garden, tak percaya tanya orang lama Singapura,” – TikTok @rivelino666
“Ini lah yang original dan makan dengan sambal. Cik Shukor dari Taman Serasi yang mulakan Butterflied Baguette. Sebelum ini roti putih tebal digunakan,” – TikTok @ira.bee
“Ini original asal Singapura guna Roti Perancis dan very simple. Dia mcm Subway punya sandwich. Tapi tak tahu kenapa dekat Malaysia jadi lain dan banyak sos,” – TikTok @mohdfazlimokhtarrudin
Dalam pada itu, ramai berkongsi kisah yang sama bagaimana makanan itu tercipta.
Ia merupakan satu makanan yang dipercayai muncul sekitar tahun 1960-an atau 1970-an.
Seorang peniaga makanan di Singapura mendapat permintaan daripada pelanggan berbangsa Inggeris yang mahu sesuatu yang mirip sandwich.
Kemudian peniaga itu mencipta hidangan menggunakan Roti Perancis, telur, daging cincang dan bawang.
Disebabkan pelanggan Inggeris itu dipanggil ‘John’, peniaga tersebut menamakan makanan ini sebagai ‘Roti John’ yang bermaksud ‘roti untuk John’.