“Rosakkan persahabatan dua negara” – Rossa ajak semua ‘report’ influencer Indonesia buat konten burukkan Malaysia

“Rosakkan persahabatan dua negara” – Rossa ajak semua ‘report’ influencer Indonesia buat konten burukkan Malaysia

Tidak salah nak buat konten untuk perkongsian di media sosial tapi janganlah buat konten yang negatif yang mengajak orang ke arah kebencian.

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa turut memberi peringatan itu bagi menjaga persahabatan 2 negara.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Hanyani turut mengajak netizen dari dua negara ini untuk bertindak dengan menyekat atau membuat laporan ke atas akaun media sosial yang berterusan menyebarkan konten kebencian.

Sekarang ni pengguna media sosial begitu meluah sehinggakan sudah tidak pandang lagi kepada pendidikan.

Tidak memandang rasa hormat terhadap orang lain Menurut saya, selaku pengguna media sosial, block atau report sahaja akaun mereka. Bagi saya ia menganggu keamanan dua buah negara. Jangan sampai perkara ini akan mempengaruhi persabatan negara kita.

Rossa berkata begitu selepas kecoh seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa jarang melihat masjid dan tidak pernah mendengar laungan azan ketika berada di Malaysia.

Dakwaan ini sememangnya agak melampau apabila dia berkata sepanjang berada di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor dia tidak pernah mendengar laungan azan.