“RM500 tu bukan macam cabut bulu ketiak” – Adrea Abdullah pertikai trend sekolah adakan majlis graduasi di hotel 5 bintang
Pelakon, Adrea Abdullah meluahkan isi hati mengkritik tindakan segelintir pengurusan sekolah membuat majlis graduasi untuk pelajar di hotel bertaraf lima bintang.
Kata Adrea, bagi ibu bapa yang tak mampu, RM150 dan ke atas merupakan satu beban. Walaupun tak wajib, ada ibu bapa merasakan ianya satu tekanan kerana mahu anak-anak melalui pengalaman seperti kawan-kawan lain.
@adreaabdul Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah! #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil
Pelakon ini menyelar trend ‘mewah’ ini yang menurutnya guru besar hanya nak glamour dan bermegah-megah di media sosial.
@adreaabdul Adrea fitnah guru2 & guru besar?! Rosakkan nama baik guru besar?! Hello? Terang lagi bersuluh kot. Tolong baca semua komen2 di tiktok, Facebook dan instagram adrea 99.99% setuju dengan adrea, dan sedang melaluinya serta tak setuju dengan tren buat graduation high tea or dinner dihotel 4-5 star. #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #fitnah #tidakadil
Dalam hantaran terbaru, Nik Adrea Nik Abdullah berkata, ada netizen menuduh dia sengaja mereka-reka cerita untuk memburukkan para guru.
Tetapi katanya, isu ini pernah terjadi kepada adiknya sendiri dan topik pernah dibincangkan bersama rakan-rakan yang lain.
Korang setuju ke tak dengan trend graduasi mewah ni?