‘Ritual pemindahan janin’ jadi helah bomoh rogol remaja hamil
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol seorang bomoh yang kononnya menawarkan khidmat menggugurkan kandungan.
Pelajar sebuah sekolah menengah di Jawa Tengah yang hamil anak luar nikah lima bulan itu telah dirogol sebanyak tiga kali selepas dia dihantar oleh keluarganya atas alasan mahu menutup aib.
Polis Daerah Kebumen yang mengesahkan kejadian berkenaan serta memaklumkan, remaja itu dirogol dalam upacara ‘pindah janin’ pada 18 Mac lalu.
Malah, remaja itu diwajibkan untuk tinggal di rumah bomoh tersebut selama seminggu, sementara keluarganya diarah pulang ke Magelang.
“Mangsa dirogol sekurang-kurangnya tiga kali di bilik tidurnya, dengan alasan ia merupakan sebahagian ritual pemindahan janin,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kebumen, Komisioner Polis Arwansa seperti memetik laporan Kompas.
Bomoh yang merupakan tertuduh dalam kes itu mengaku merogol mangsa pada 20 Mac lalu.
Malah, bomoh tersebut turut membaca mantra sebagai helah memperdaya mangsa.
Pada 21 Mac, mangsa telah dirogol sebanyak dua kali hingga berasa trauma.
Kejadian itu disedari penduduk setempat setelah melihat mangsa duduk termenung dihadapan rumang suspek. – AA