Risteena tunjuk bukti mesej dengan Ruhainies, “Isu 3 pagi Jawi datang rumah tak benar”

Risteena tunjuk bukti mesej dengan Ruhainies, “Isu 3 pagi Jawi datang rumah tak benar”

 

Risteena tampil mempertahankan adiknya pelakon Ruhainies yang didakwa ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota, baru-baru ini.

Menerusi posting terbaru di Instagram Story miliknya, Risteena menunjukkan bukti mesej di mana dia merancang untuk ke rumah Ruhainies pada malam hari Jumaat ketika kejadian berlaku.

Dalam perbualan di WhatsApp itu, Ruhainies bertanyakan kakaknya sama ada dia mahu bermalam di rumahnya atau tak dan sama ada barang memasak sudah dibeli.

Jelas Risteena lagi, dia tiba di rumah Ruhainies pada pukul 11.30 malam bukanlah pukul 3 pagi seperti yang kecoh diperkatakan di media sosial.

Image from @nur_risteena (Instagram)

Risteena dan adiknya Riesha sepatutnya bermalam di rumah Ruhainies namun masing-masing terlambat di atas tuntutan kerja.

Image from @nur_risteena (Instagram)

Tambah Risteena lagi, pada malam kejadian itu adik perempuannya iaitu Nur Riesha sepatutnya bermalam di rumah Ruhainies namun masing-masing terlambat di atas tuntutan kerja.

Dalam pada itu, Ruhainies terlebih dahulu memberikan kenyataan dan menceritakan mengenai apa sebenarnya yang terjadi pada malam dia dan Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh pihak JAWI.

Ruhainies memohon maaf atas kelewatannya memberikan kenyataan atas sebab komitmen kerja dan tidak mahu terburu-buru.

Dia dan adik-beradik sepatutnya makan malam bersama dan dia telah menjemput Aliff untuk turut serta.

Walau bagaimanapun, dia naik dahulu dan berada di dalam rumah serta sempat berborak dengan Aliff sementara menunggu adik-beradiknya yang lain tiba.