“Abang rasa Akiko tergelincir, tak mungkin..” – Ridzokumura dedah kejadian sebenar isteri jatuh kondo

“Abang rasa Akiko tergelincir, tak mungkin..” – Ridzokumura dedah kejadian sebenar isteri jatuh kondo
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzokumura cerita kejadian sebenar berhubung insiden isterinya, Allahyarham Akiko Okumura terjatuh dari tingkat empat unit kondominum mereka.
Menurut Ridzokumura atau nama sebenar Abd Ridzuan Abdul Mutalib, arwah terjatuh dari tingkat empat rumahnya dengan keadaan tubuh badan meniarap atas tanah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Abang ada dengar bunyi macam orang jatuh, cuma ingatkan ada orang kemalangan sebab rumah abang tepi lebuh raya,”ceritanya menerusi siaran langsung di TikTok, pagi tadi.
@aqmaibrahim_2 Rakyat malaysia tolong laa hormati family arwah🥺 Dorang tengah struggle #akiko #ridzokumura #alfatihah
Ceritanya, pada malam kejadian, dia terdengar bunyi seperti dentuman kira-kira jam 1 pagi, namun tidak menyangka ia adalah isterinya.
Pada keesokan paginya, Ridzuan merasakan suasana berbeza kerana sudah menjadi rutin Akiko menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.
“Selalunya abang akan pergi ‘check’ bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi pada malam tersebut abang terlalu penat dan terus tidur.
“Abang sudah mula tak sedap hati segera ke bilik kami dan mendapati tingkap bilik sudah pun terbuka dan rosak,” ceritanya lagi.
Dia segera bergegas turun ke bilik air utama dengan memanjat tingkap dan mendapati isterinya terbaring tertiarap di atas tanah.
“Tanpa berfikir panjang, saya terus meminta pengawal keselamatan untuk menghubungi pihak ambulans dan polis.
“Memandangkan arwah jatuh dalam keadaan yang baik, saya tidak mengalihkan badannya kerana menyangka dia masih bernyawa,” katanya.
@adawiahabrahman773 Ramai sangat yang buat andaian bukan², Ni Abang Ridzokumura dah jelaskan apa yang berlaku….marilah kita sama2 jaga lisan kita dibulan yg suci ni,Lebih baik kita sama2 beri kekuatan sokongan untuk abang ridz dan sky…bukan mudah menerima pemergian org tersayang….secara mengejut, Sebelum kita menaip sesuatu yg buruk tentang orang lain,Lihat diri kita dulu, sempurna sangat kah kita sampai sanggup MENGURIS hati orang lain,Untuk akiko@Aishah Abdullah kita sama2 sedekah kan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada#fyppppppp #tranding #ridzokumura #akiko #alfatihah #updateterkini #fyppppppp
Dalam pada itu, dia juga memohon orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi tentang pemergian isterinya kerana memberi keterangan mengenai perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.
“Saya tak nak anak saya, Sky Taizo Okumura pergi ke sekolah dengan rasa tidak tenang kerana rakan-rakan sekolah akan bercakap tentang isu ini.
“Saya mohon kerjasama semua netizen untuk berhenti membuat spekulasi tentang kematian Akiko. Dia isteri yang baik dan cara dia pergi tinggalkan saya dan Sky (anak) diluar jangkaan, namun kami reda,” mintanya.
Dia juga menyeru orang ramai di sosial media untuk tidak memberi komen negatif dan membuat andaian lain tentang pemergian Akiko bagi mengelakkan sebarang berita palsu.
@nizarwatie Sejak berita Wanita Jepun jatuh condo tu ramai yang tahu dah sebab gambar baju mangsa sama dengan Arwah Akiko pakai pada malam kejadian. Tapi kami menghormati keluarga mangsa dan tak komen bukan2. Tapi ada yang senduk betul komen bukan2 desak Abg Ridz cerita jugak. Saya yang tengok live Abg Ridz pagi tadi bercerita ni sampai menggigil macam nak pecah dada . Apatahlagi Abg Ridz sendiri yang ada di tempat kejadian. Korang jangan la biarkan syaitan dalam kepala korang tu buat spekulasi bukan2. Lemah betul korang yg suka komen bukan2 tu. Haish #akiko #ridzokomura
♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Difahamkan, wanita berusia 50 tahun itu telah terjatuh dari tingkat empat kediamannya di sebuah kondominium yang terletak di SS16.
Pihak polis juga menyatakan kematian wanita berkenaan diklarifikasikan sebagai mati mengejut.
Walau bagaimanapun, suami wanita berkenaan sudahpun dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberikan keterangan.