Ridhuan Tee digam dari RTM, Shahrol Shiro pun nak cerita pengalaman sama

Ridhuan Tee digam dari RTM, Shahrol Shiro pun nak cerita pengalaman sama

 

Penceramah popular dan panel program Forum Perdana Ehwal Islam, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan dirinya tak dibenarkan keluar di Radio Television Malaysia (RTM).

Memetik laporan Kosmo!, Ridhuan Tee meluahkan rasa sedih apabila rancangan popular setiap Khamis itu dibatalkan kerana dirinya.

Terbaru, bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro memberikan kata-kata semangat buat Ridhuan Tee dan mendoakan semoga beliau bersabar.

Shahrol turut berkongsi pengalaman yang dialaminya apabila dia juga menerima ‘hukuman’ selepas tular gambar di rumah Datuk Seri Najib Razak. Selain gambar itu, tular juga video memaparkan dirinya di pentas Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai.

Kata Shahrol, tak cukup hukuman di kaca televisyen, program motivasi di 24 buah sekolah yang menampilkan dirinya turut dihentikan serta merta.

Seperti berulang sejarahnya kembali.Kali terakhir program sy di kaca TV pada tahun 2018.Selepas gambar sy di rumah DSNR tersebar dan video di pentas BN di PRK Tanjung Piai maka bersiaplah sy terima hukumannya.

Bekas pelawak ini turut memetik nama Pak Ya yang perlu membuat permohonan maaf selepas menyindir satu isu di pentas lawak.