Rider tendang ‘side mirror’ kenderaan guna SmartLane, netizen bongkar maklumat pelaku

Rider tendang ‘side mirror’ kenderaan guna SmartLane, netizen bongkar maklumat pelaku

 

Baru-baru ini tersebar satu video menunjukkan tindakan penunggang motosikal yang telah menendang cermin sisi kereta pengguna lebuh raya yang menggunakan Smartlane.

Kejadian itu berlaku berhampiran simpang Sungai Buaya, Hulu Selangor dan ketika itu lorong kecemasan telah diaktifkan sebagai Smartlane kerana kesesakan yang berlaku.

Papan tanda warna kuning menunjukkan Smartlane diaktifkan.

Video kejadian itu dikongsikan mangsa yang dikenali sebagai Akhi Ismile dan menjadi viral di Facebook Dashcam Malaysia.

Di laluan Smartlane pun kena tendang side mirror. Tepi highway selang 500 meter ada signboard SmartLane.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut kerana tak alert dengan papan tanda di lebuh raya.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berjaya mencari maklumat peribadi penunggang motosikal terbabit berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang terlihat di dalam video.

Dengan maklumat itu, netizen berharap agar laporan polis dilakukan dan berharap pelaku dikenakan tindakan.