Rider Grabfood langgar lampu merah ‘mengamuk’ tak puas hati kena hon
Walaupun pihak penghantar makanan perlu menghantar tempahan pelanggan secepat yang mungkin, itu bukan satu ‘lampu hijau’ untuk mereka melanggar undang-undang jalan raya sesuka hati.
Terbaharu, tular satu rakaman video seorang penghantar makanan ‘mengamuk’ di tengah-tengah jalan setelah dihon oleh pengguna jalan raya yang lain akibat lelaki tersebut melanggar lampu merah secara melulu di hadapan Hotel Impiana KLCC.
“ABG GRABFOODKU SAMSENG”
Pada pukul sekitar 430pm di hadapan traffic light impiana hotel klcc, saya menunggu lampu merah dan sebelah kiri saya ada bas rapid kl.
Rider motor ini telah datAng di tengah celah kereta saya dan bas , dan melanggar lampu merah. pic.twitter.com/2NWEUA662z
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 25, 2021
Semasa saya lalu dia sebelah dia,dia mengajak saya Gaduh, ajak berhenti tepi kerana dia sangat tidak berpuas hati kerana saya hanya “menyembunyikan hon” kerana dia telah langgar lampu merah di tempat pejalan kaki.
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 25, 2021
Rakaman video terbabit telah mengundang kecaman netizen yang marah dengan tindakan penghantar makanan tersebut yang cuba menjadi samseng jalanan setelah melanggar undang-undang jalan raya.
Ada yang menyatakan mereka sudah banyak kali berhadapan dengan situasi bahaya seperti ini yang boleh menyebabkan kemalangan di antara penghantar makanan dan pengguna jalan raya yang lain.
Beberapa hari lps, berhenti di traffic light (tl) & abg grabfood berhenti2 tgh2 jln, menghalang kereta sy. Tp xpelah sbb tl masih merah. Bila bertukar warna hijau, dlm 2/3 saat dia x bergerak, sy bunyikan hon, dia toleh ke arah kereta sy sambil angkat tgn & mulut kumat kamit mrh. https://t.co/bkHmdaOez9
— Fatimah Rohaiza (@Fatimah_Rohaiza) July 25, 2021
Hak alah. Gang kau ramai je bwk mcm bangang. Brp kali dh nak accident sbb rider @GrabMY . Do something la @GrabMY https://t.co/JAM9xNIShm
— BAIZURATUAH . (@baizuratuah) July 26, 2021
wehhh kenapa eh segelintir rider ni rasa jalan raya tu diaorang punya jalan? sukahati dia je nak langgar lampu apa semua. berkat ke bodo? https://t.co/p1okJHfDAr
— 🇵🇸 (@anisjaffar_) July 26, 2021
dorang punya perangai menyelit tuuu, ingat hebat agak nya…. dah taw sempit, nk try jugak. https://t.co/UOGh3jhVGx
— 𝓮𝓵𝓮𝓮𝔃𝓮𝓭𝓪 🕊 (@eleezeda_) July 26, 2021
Selalu je jumpa, bawak moto cam bangang. Kang kene langgar orang kesian plak, tapi sesetengah rider mmg xpayah kesian, bawak cam musibat. Tak semua rider eh, sesetengah okay je tapi ada. Sabar je la. Kita plak yg terkejut brake. Siel btul. https://t.co/MWgSMJve4v
— yang (@nuurul4ien) July 26, 2021
Saya terus ke Balai Jalan Tun Razak, di depan Balai juga dia BLOCK kereta saya. Selepas saya turun kereta, dia ugut saya untuk delete video yang saya rakam semasa saya turun kereta untuk buat report di balai. Tetapi saya teruskan dengan report polis.
Perkongsian drpd group Wasap
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 25, 2021
Difahamkan si perakam video tidak mengendahkan ‘provokasi’ yang dibuat oleh penghantar makanan tersebut dan meneruskan perjalanan ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan.
Setiba balai polis berkenaan, si perakam telah diugut oleh lelaki itu untuk membuang rakaman video tersebut tetapi ugutan tersebut tidak diperdulikannya dan terus membuat laporan polis.
Ini bukanlah pertama kali kes seperti ini berlaku. Semoga para penghantar makanan lebih berhati-hati dan mengikut undang-undang jalan raya walaupun mereka perlu cepat tiba ke destinasi yang dituju.
Sumber: Vocket