“Masih ada insan berhati mulia” – Tindakan rider beri air kepada polis trafik sedang bertugas raih pujian

“Masih ada insan berhati mulia” – Tindakan rider beri air kepada polis trafik sedang bertugas raih pujian

 

“Masih ada insan berhati mulia” – Tindakan rider beri air kepada polis trafik sedang bertugas raih pujian

Baru-baru ini, seorang rider penghantar makanan turut melakukan perkara sama apabila bertindak menghantar air minuman kepada petugas polis trafik yang sedang bertugas.

Menerusi video dikongsikan oleh Wan Faizal di TikTok, dia memaklumkan ketika itu dia dan rakan sedang bertugas di sebuah jalan raya di sekitar Selayang, Selangor.

Namun secara tiba-tiba datang seorang penghantar makanan menyapa mereka dan memberikan air minuman sejuk kerana keadaan cuaca yang panas terik.

Dalam video tular itu, kelihatan rider berkenaan membuka beg makanan yang dibawa dan mengeluarkan air minuman untuk diberikan kepada abang polis tersebut.

Malah dia turut dilihat mengalas plastik yang berisi beberapa air minuman dengan baju jaket sebelum mengeluarkan beberapa bungkus air yang dilihat seperti teh ‘o’ ais.

Selesai mengagihkan air minuman berkenaan kelihatan dia dan seorang anggota polis sempat berbual-bual sebelum bersalaman untuk pulang.

“Alhamdulillah ada insan yang berhati mulia macam rider Grab ni. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan,” kata Wan Faizal.

@wanpieja85

Semasa Abam dan rakan Abam bertugas, telah didatangi 1 rider grab food menyapa kami sedang bertugas dan telah berikan kami air memandangkan keadaan cuaca yang panas terik..Alhamdulillah masih ade insan yang berhati mulia macam rider grab ni..Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..Amin..#SelamatBersamaJSPT

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Melihat di ruangan komen, ramai memuji sikap murni rider berkenaan dengan memberikan air minuman kepada pihak berkuasa yang sedang bertugas.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan rider tersebut mempunyai adab yang tinggi apabila dilihat melapik air minuman berkenaan menggunakan bajunya.

Ada juga yang mendoakan rider tersebut sentiasa dipermudahkan urusan atas kebaikan yang dilakukan.

“Tengok adab dia. Dia lapik dengan baju letak air atas lantai. Bagus didikan mak dia.”

“Jangan tunggu kaya baru berbahagi rezeki.”

“Polis pun manusia juga, jangan disebabkan seorang habis semua anggota kena. Selamat bertugas abang polis.”