“Semua rezeki sudah tertulis, tiada istilah tunggang isu peribadi” – Fattah Amin

“Semua rezeki sudah tertulis, tiada istilah tunggang isu peribadi” – Fattah Amin

 

“Semua rezeki sudah tertulis, tiada istilah tunggang isu peribadi” – Fattah Amin

Pelakon dan duda terhangat Fattah Amin beranggapan tawaran diterima daripada pelbagai jenama adalah rezeki buat dirinya dan tidak pernah menganggap ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kisah peribadi hidupnya.

Memetik Kosmo, Fattah Amin berkata dia tidak pernah menjadikan isu cerai sebagai perkara yang boleh ditunggang mana-mana pihak. Tambahnya dia hanya menjalankan tugas denga amanah diberikan.

“Saya mencari rezeki yang halal. Jika mereka ambil saya bekerja, saya buktikan dengan hasilnya. Tiada istilah ‘menunggang’ isu peribadi.

“Mereka beri saya tawaran kerja dan produk terjual. Itu yang lebih saya fokuskan. Saya ambil tanggungjawab atas setiap kerja diberikan.

“Semua rezeki ini sudah tertulis, tiada istilah menunggang hal peribadi,” katanya.

Sementara itu, Fattah enggan memikirkan ada pihak yang kurang senang serta muak apabila tumpuan berlebihan diberikan kepadanya sebaliknya dia cuma mahu bekerja mencari rezeki.

“Ini semua rezeki Allah dan sebagai umat Islam kita kena percaya perkara itu. Saya pun tak minta setiap video yang dibuat menjadi FYP (tular).

“Saya hanya buat sehabis baik untuk setiap tawaran kerja. Persepsi masing-masing untuk memberi pendapat dan itu saya tidak boleh kawal. Ada yang suka dan ada yang tidak. Semua orang ada hak untuk bercakap, saya tak boleh halang,” katanya.