Respon guru ini ‘petik’ nama Allah selepas rampas telefon pelajar undang perdebatan netizen

Respon guru ini ‘petik’ nama Allah selepas rampas telefon pelajar undang perdebatan netizen

 

Umum mengetahui bahawa telefon pintar antara barang yang dilarang dibawa oleh pelajar ke sekolah. Bagi yang melanggar peraturan sekolah, telefon pintar anda akan dirampas oleh pihak sekolah.

Begitulah yang terjadi kepada adik pengguna Twitter @NurNazuwa dan menerusi perkongsiannya, dia berang dengan respon diberikan oleh guru yang merampas telefon pintar adiknya di sekolah.

Menerusi perkongsiannya, dia berkongsi tangkap layar perbualan adiknya bersama cikgu itu menggunakan aplikasi WhatsApp milik ibunya. Dapat dilihat bahawa adiknya telah mengakui kesilapannya dan meminta agar dapat mendapatkan telefon pintar miliknya semula.

Akan tetapi, guru itu menggunakan tiket ‘agama’ dalam menjawab permintaan adiknya. Kemudian, ibunya telah mesej guru tersebut dan juga meminta untuk mendapatkan kembali telefon pintar tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Segelintir netizen berpendapat bahawa hal ini boleh diselesaikan secara baik-baik apabila ibu bapa berjumpa sendiri dengan guru tersebut.

Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa membawa telefon pintar ke sekolah merupakan satu kesalahan dan perlulah akur dengan peraturan sekolah. Tidak hanya itu, segelintir netizen juga menegaskan bahawa semua sekolah memiliki prosedur dan perlu dipatuhi.

Akan tetapi, netizen turut terkedu dengan jawapan guru itu yang seperti menggunakan agama dan kurang beradab. Malah, segelintir netizen juga mengatakan bahawa ketika ini telefon bimbit penting untuk kemudahan semua orang termasuk pelajar sekolah seperti mahu menghubungi ibu bapa dan sebagainya.