Wanita kongsi kisah dicurangi suami dengan staf muda, respon Fazura curi perhatian netizen

Wanita kongsi kisah dicurangi suami dengan staf muda, respon Fazura curi perhatian netizen

 

Belum pun reda dengan kontroversi rumah tangganya, pelakon Nur Fazura tampil mencuri perhatian selepas dia dilihat meninggalkan komen menerusi platform X.

Menerusi perkongsian tersebut, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kesalnya apabila berkongsi pengalamannya mengupah seorang pekerja yang disifatkan sebagai seorang yang cantik dan muda.

Bagaimanapun, wanita terbabit mendakwa suaminya lebih memberikan layanan istimewa terhadap pekerja berkenaan berbanding dengan pekerja yang lain.

“Saya nak share my experience. Bulan tiga lepas saya ada hire seorang staff. Muda dan cantik.

“Saya perasaan macam husband treated her differently than others staff. I memang dah berprasangka macam-macam. Sebab banyak sangat incidents contoh jemput hantar staff balik rumah, jumpa staff malam-malam dekat tempat,” ciapnya.

Namun, lebih mencuri perhatian apabila aktres itu dilihat meninggalkan komen terhadap hantaran tersebut selepas lebih setahun tidak memuat naik sebarang status menerusi platform sama iaitu pada 22 Jun 2023.

“Assalamualaikum sis, sending you the biggest hugs and love that i can possibly give. Stay Strong,” komennya.

Terdahulu, nama pasangan selebriti ini kekal menjadi topik perbualan hangat selepas teraju utama filem Manisnya Cinta Di Cappadocia memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 13 September lalu.

Dan, Fazura sehingga kini masih mengunci mulut berhubung dakwaan wujud isu curang dalam rumah tangganya.