Baik kanak-kanak mahupun orang dewasa, memang sukar untuk menolak kelazatan aiskrim Malaysia yang wujud dalam pelbagai perisa.
Buat pencinta aiskrim Malaysia, inilah resepi aiskrim homemade yang tak rugi kalau anda mencubanya sebagaimana dikongsikan oleh Puan Nurul Zainuddin.
Ia merupakan resipi asas aiskrim Malaysia yang mudah dicari bahannya. Menariknya, satu bancuhan tersebut boleh menghasilkan beberapa perisa yang anda gemari!
Resepi Aiskrim Homemade
Gambar: Coki-coki, perisa yang sangat laris. Coki-coki yang agak liat boleh direndam terlebih dahulu di dalam bekas yg berisi air suam. Nanti coki-coki dah lembik, bokeh picit masuk ke dalam plastis aiskrim. – Nurul Zainuddin
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari Jumaat hari yang penuh dengan keberkatan, semoga perkongsian ilmu kali ini beri manfaat pada semua.
Tak lama lagi akan tiba musim cuti sekolah. Mesti ramai mak-mak yang sedang merancang aktiviti bersama anak-anak. Jom kita masukkan aktiviti buat aiskrim Malaysia bersama-sama ke dalam wishlist.
Di sini Nurul sediakan resipi basic (asas) aiskrim Malaysia untuk korang, bahan pun mudah untuk korang cari dan yang paling penting satu bancuhan boleh hasilkan beberapa perisa yang berlainan.
Bahan-bahan dan proses penyediaan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 5 tin air
- 2 sudu besar tepung jagung membukit
- 2 senduk gula
- 1 sudu kecil creamy vanilla atau essen vanilla(optional, kalau ada boleh letak tak ada tak payah)
- Sedikit garam
Gambar: Kalau buat untuk makan sendiri, lebih sedia bila letak sumi seketul- seketul macam ini. Plastik aiskrim perlu guna yang besar, baru muat untuk masukkan 1 biji sumi. Kalau nak potong pun boleh, tak salah. – Nurul Zainuddin
1. Satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Kacau sebati sehingga semuanya betul-betul larut, kemudian masak atas dapur.
2. Ulang kacau supaya bancuhan tak hangit pada dasar periuk, kacau sehingga bancuhan mendidih.
3. Kalau perlu tambah gula, korang lebihkan sikit lagi. Ada orang suka manis-manis, ada orang suka kurang manis.
4. Sementara nak tunggu bancuhan sejuk, bolehlah letak bahan-bahan seperti coki-coki, nabati waffle, sumi, cookies dan cereal ke dalam plastik.
5. Bancuhan dah sejuk, boleh mula memintal dan simpan ke dalam freezer untuk dibekukan.
Salah satu tip untuk dapatkan aiskrim Malaysia yang tekstur lembut apabila digigit, bancuhan mestilah cukup manis. Manis leting orang kata sebab bila aiskrim dah beku, manis itu akan berkurang.
Resipi Nurul mungkin berbeza sikit dari orang lain, apa-apa pun kita raikan perbezaan dan hormat pendapat masing-masing. Dalam masakan tak ada yang betul dan tak ada yang salah, semua itu atas kreativiti masing-masing dan yang penting sedap