Resepi sos Prosperity Khairul Aming, memang sedap!

Resepi sos Prosperity Khairul Aming, memang sedap!

Sebelum ini telah viral resipi burger ala prosperity yang mempunyai padanan sos blackpepper, milik selebriti media sosial terkenal Khairul Aming.

Daripada situ, terbitlah pelbagai idea dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mencuba sos blackpepper tersebut dengan bermacam jenis hidangan.

Sebagaimana cara Puan Zurina Zulkefli pula, dia memadankan sos blackpepper tersebut bersama dengan hidangan Coney Sosej. Paling penting, cara nak buat sos blackpepper Khairul Aming ini sangatlah mudah dan boleh untuk dicuba semua!

Sos Blackpepper

Tercapai juga hasrat saya nak mencuba resipi blackpepper sauce untuk prosperity. Tapi saya guna sos itu untuk buat ala Coney Sosej. Sedap!

Bahan A:

  • Butter
  • Dua ulas bawang putih
  • Sebiji bawang kuning
  • Empat biji cendawan shiitake

Bahan B:

  • Tepung gandum
  • Kiub pati ayam
  • Sos tiram
  • Kicap

Bahan C:

  • Lada hitam
  • Sosej ayam (rebus dahulu sehingga masak)
  • Bawang Holland (potong dadu)
Cara penyediaan:
  1. Masak kesemua bahan A sehingga layu kekuningan.
  2. Bila masakan dah kekuningan, masukkan sedikit air dan dua sudu makan tepung gandum.
  3. Masukkan air dan kacau sebati sehingga masakan menjadi likat.
  4. Masukkan sedikit kiub pati ayam, sos tiram dan kicap. Kacau hingga sebati kemudian kisar ia supaya menjadi sos.
  5. Tuang semula ke atas kuali dan masak seketika.
  6. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar dan masak sehingga likat.
  7. Masukkan sosej ayam, jenama Ramly.
  8. Bawang holland direndam dalam air sejuk untuk kekalkan kerangupan dan jus bawang.

Sedia dihidang! Saya guna bun Gardenia yang dikukus seminit dua dahulu supaya lembut. Kemudian barulah isi sosej bersalut sos blackpepper resipi Khairul Aming.