Resepi roti bakar ala kopitiam, hanya guna kaya dan mentega sahaja

Resepi roti bakar ala kopitiam, hanya guna kaya dan mentega sahaja

 

Ramai yang meminati roti bakar yang dihidangkan di kopitiam kerana rasanya dan rangupnya seakan tidak akan didapati andai dimasak sendiri.

Roti bakar juga sangat enak dan sering disantap bersama secawan kopi dan menjadi pilihan yang popular di kalangan pengunjung kopitiam dan meningkatkan selera makan mereka.

Seorang ahli dalam grup “Masak Apa Hari Ini” (MAHN) telah berkongsi resipi roti bakar ala kopitiam yang kini telah dikongsi sebanyak 5.4k di laman sosial facebook.

Dalam perkongsian Rain Fizrain, beliau hanya menggunakan roti jenama Gardenia, kaya, dan mentega yang dipanaskan menggunakan Pemanggang Ajaib. Mari kita cuba resepi yang telah beliau kongsikan.

Bahan-bahannya:

Roti gardenia

Kaya

Butter

Cara-caranya:

Roti gardenia dibuang kerak roti di bahagian sisinya.

Tabur kaya kedua-dua belah roti. Saya pakai brand Yeos . Sebab sedap dan tak berketul.

Guna butter . Pastikan butter keras yang telah disimpan dalam peti sejuk.

Lepastu roti dibelah dua dan dibakar di atas pemanggang magik. Kalau ada oven guna oven . Suhu 180

Dah siappp . Nak garing mana pun ikot suka hati lah . Masa makan tu butter meleleh² fuhhhhh mantapppppp