Resepi kuih asam gumpal guna inti kelapa gula merah, rasa lemak-lemak manis

Hidangan yang dinamakan kuih asam gumpal memang tidak asing bagi penduduk di negeri Pantai Timur.
Uniknya, meskipun namanya asam gumpal, namun penyediaanya tidak menggunakan sebarang asam.
Rasanya lemak-lemak manis dan sedap dijadikan hidangan minum petang atau disajikan kepada para tetamu.
Mak-mak yang dah buntu tak tahu nak sediakan apa untuk suami dan anak-anak, apa kata cuba resepi yang dikongsikan Nor Atika Nazirah di Facebook.
Ujar Nor Atika, tidak seperti orang lain, beliau menggantikan inti kacang hijau yang lazim digunakan untuk resipi itu dengan inti kelapa gula merah.
Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Bahan inti
1 biji kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja)
1 ketul gula melaka
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (nak kurangkan gula pun boleh)
1 helai daun pandan disimpul
Bahan sagupal
2 cawan sagu putih (dicuci terlebih dahulu)
1 cawan air panas
Bahan kuah santan
2 cawan santan sederhana pekat (boleh pakai santan kotak kara )
1 cawan air
2 biji bawang merah – dihiris halus
1 inci halia – dihiris halus
1 sudu teh halba
2 helai daun pandan -disimpul
1 hingga 2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Cara penyediaannya:
Penyediaan inti kelapa:
1. Masukkan gula merah, gula melaka dan air.
2. Apabila gula sudah larut, boleh masukkan kelapa.
3. Kacau hingga sebati, masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Kacau inti sehingga kering. Simpan dalam peti ais supaya untuk mudah untuk dibulatkan.
Penyediaan sagupal:
1. Pertama sekali cuci sagu dan toskan. Selepas itu rendam sampai sagu kembang.
2. Selepas sagu sudah kembang, boleh ambil inti kelapa yang dah disejukkan tadi, bulatkan dan letakkan di tengah sagu. Bulatkan.
3. Setelah siap bulatkan semua, jerang air untuk merebus sagu pula.
4. Tunggu air sudah mendidih, rebus sagu sampai timbul. Sagu timbul bermakna ia sudah masak sempurna.
5. Ambik dan toskan, letak di dalam mangkuk berisi air sejuk.
Penyediaan kuah santan:
1. Masukkan santan, bawang merah, halia dan halba.
2. Kacau kesemuanya sampai sebati menggunakan api sederhana. Jangan sampai santan pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali boleh masukkan sagu yang direbus tadi ke dalam kuah santan.
5. Siap! Sedap makan waktu panas atau sejuk- sejuk.
Melihat kepada penyediaanya, memang agak renyah sedikit.
Namun, apa salahnya sesekali masak sesuatu yang lain daripada yang lain untuk keluarga kita, kan?
Selain makan sendiri, boleh juga beri pada jiran sebelah rumah.
Seronok berkongsi rezeki.
Selamat mencuba semua.