Resepi ayam masam manis style Chef Angah, super sedap!
Kepada penggemar ayam goreng, anda pernah tak rasa bosan apabila anda selalu sangat makan ayam goreng? Kalau bukan ayam goreng kosong, anda mungkin akan tambah sambal ataupun kicap untuk dijadikan sambal ayam dan ayam masak kicap.
Kalau bukan ayam goreng pula, anda mungkin akan masak sup ayam, tomyam ayam, ayam masak lemak cili api dan bermacam lagi resipi ayam yang dikatakan menjadi hidangan ayam yang digemari.
Tidak dinafikan ayam merupakan makanan kegemaran orang ramai dan mungkin ada yang tidak akan jemu kalau makan ayam goreng setiap hari. Tetapi, sekali-sekala nak juga tukar resipi, kan?
Sebelum ini, pernah dikongsikan resipi-resipi ayam seperti ayam goreng varuval, rendang ayam klasik, ayam masak sos tiram dan banyak lagi. Kali ini, dan dikongsikan pula resipi ayam masam manis.
Kalau nak tahu, resipi ini dikongsi oleh Chef Angah atau juga dikenali sebagai Angah Raja Lawak di platform TikTok miliknya. Jom kita cuba!
Bahan-Bahan
Untuk resipi ini, anda memerlukan ayam yang sudah dipotong kecil, sos lea & pepperins, sos tomato, lada sulah, sos tiram, tepung jagung dan air nanas dalam tin.
Anda juga perlukan bawang putih yang sudah dipotong halus, cili merah, lada benggala, bawang merah, nanas, garam dan gula.
Cara-Cara Membuat
Bagi penyediaan ayam, anda gaulkan ayam bersama sos lea & pepperins, sos tomato dan lada sulah sehingga sekata. Kemudian, anda gorengkan ayam itu sehingga ia masak.
Untuk sos pula, anda campurkan sos tomato, sos tiram, satu sudu besar tepung jagung dan air nanas dalam tin. Gaulkan sehingga ia sebati.
Kemudian, anda tumiskan bawang putih dan cili merah yang dihiris halus sehingga naik bau. Selepas naik bau, baru anda masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
Seterusnya, masukkan lada benggala yang dipotong kasar, cili merah yang dihiris kasar, bawang besar yang dipotong kasar dan juga nanas.
Masukkan juga sos yang telah disediakan serta tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan semua bahan bersama. Apabila sudah masak, anda boleh hidangkan dan tambahkan hirisan daun bawang untuk hiaskan hidangan anda.
Dah siap hidang, ambil nasi dan makanlah bersama ayam masam manis anda! Selamat mencuba dan menjamu selera!
@angahchef Bosan asyik hidang ayam resepi yang sama? Korang wajib try menu simple masam manis yang menyelerakan ni tauu!! #fyp #kualiangah #heyyoujommasak #taikuntaste #foodie #education