Resepi ayam goreng seringgit macam pasar malam, buat sendiri jimat belanja

Resepi ayam goreng seringgit macam pasar malam, buat sendiri jimat belanja

 

Bagi yang selalu ke pasar malam pasti akan membeli ayam goreng dek kerana baunya yang mengancam hidung dan rasanya sedap.

Tapi kalau dah beli, jaranglah ambil satu sahaja, mesti ambil lebih, tahu=tahu habis RM10 dekat ayam goreng sahaja.

Seorang pengguna Facebook, Afy AL Habibi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Afy tampil berkongsi resipi ayam goreng ala pasar malam.

RESIPI AYAM GORENG SERINGGIT MACAM PASAR MALAM

Resipi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ini masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu.

Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.

Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini?

Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.

Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – potong 18
500 gram tepung bestari asli
100 gram tepung gandum
100 gram tepung beras
Minyak menggoreng secukupnya – untuk deep fry

Bahan perap:

Dua senduk tepung bestari perisa asli
Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

Ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.

Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair.

Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi. Perap ayam selama lima jam.

Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung iaitu 500 gram tepung bestari asli, 100 gram tepung gandum dan 100 gram tepung beras.

Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.

Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata.

Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.

Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.

Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.

Bagi mereka yang mahu berjimat boleh cuba resipi ini, kalau anak nak makan dua tiga ketul pun tidaklah takut duit habis.