Resepi agar-agar limau mandarin viral, rasa manis masam!

Resepi agar-agar limau mandarin viral, rasa manis masam!

 

LIMAU Mandarin dan Tahun Baharu Cina memang sinonim. Ayuh cuba resipi pencuci mulut iaitu agar-agar limau mandarin yang sedang viral di laman sosial kini.

Olahannya yang unik menjadikan puding ini menarik dan menyelerakan. Malah penyediaan juga amat mudah, hanya menggunakan lima jenis bahan dan teknik khas.

Jom semak resepi yang dikongsi pengguna Facebook, Anie Japri ini:

BAHAN-BAHAN

800 ml susu penuh krim
200 ml air
70 gram gula
10 gram serbuk agar-agar
4 biji limau Mandarin telah dikupas
1 botol air mineral 1.5 liter (kosong)
1 batang chopstick

CARA PENYEDIAAN

1-Satukan air, susun gula dan serbuk agar-agar di dalam periuk dan jerang sehingga mendidih dengan api sederhana.

2-Pastikan anda sentiasa mengacaunya agar adunan agar-agar tidak berketul.

3. Sediakan botol air mineral yang sudah dipotong bahagian atasnya.

4. Basahkan terlebih dahulu bahagian dalam botol tersebut supaya agar-agar tidak melekat apabila hendak dikeluarkan nanti.

5. Kemudian, cucuk dua biji limau Mandarin mengguakan kayu chopstickbermula dari bahagian atas.

6. Pastikan buah berkenaan diletakkan dalam kedudukan menegak di tengah-tengah botol.

7. Kemudian tuangkan adunan agar-agar sehingga buah tenggelam.

8. Kemudian, cucuk baki dua biji limau dan tuangkan semua adunan agar-agar.

9. Sejukkan agar-agar viral ini di dalam peti sejuk selama empat jam sehingga keras.

10. Selepas empat jam, anda bolehlah mengeluarkannya dengan berhati-hati. Kini ia sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!