Remaja wanita datang bandar nak cari kerja, kesian kena rogol dua kali dengan jurulatih kecergasan

Remaja wanita datang bandar nak cari kerja, kesian kena rogol dua kali dengan jurulatih kecergasan

 

Seorang wanita berasal dari Cimahi, Jawa Barat, Indonesia dirogol sebanyak dua kali oleh seorang pemuda bernama Fajar Eka Putra Wijaya alias Deni Setiawan di sebuah pangsapuri baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di Apartment The Mansion Bougenville, Tower Gloria, Lantai 11 Nombor A-2, Jalan Trembesi, Pademangan Timur, Pademangan, Jakarta Utara pada Ahad lalu.

Difahamkan, wanita berusia 26 tahun itu berhijrah ke Jakarta dengan niat untuk membantu ibunya yang bekerja sebagai seorang pembantu rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Pademangan, Komisioner Binsar Hatorangan Sianturi, pada awalnya, mangsa mengenali suspek melalui aplikasi mencari jodoh bernama Muzz: Muslim Wedding.

Katanya, selepas tiga minggu perkenalan, kedua-duanya merancang untuk bertemu buat kali pertama.

“Pada mulanya mangsa hanya diajak berjumpa, kemudian berbual-bual. Namun pada waktu petang, mangsa dibawa ke pangsapurinya dan dipaksa melakukan hubungan intim,” katanya.

Mangsa yang enggan menuruti permintaan tersebut diugut oleh suspek. Dia yang berada dalam keadaan takut akhirnya terpaksa mengalah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pademangan, Ajun Komisaris I Gede Gustiyana berkata, wanita berkenaan mengakui telah diperkosa sebanyak dua kali.

Bagaimanapun ketika suspek sedang mengambil makanan yang dipesannya di lobi, mangsa bertindak segera menghubungi ibunya.

“Kemudian, ibu kandung mangsa memberitahu majikannya tentang perkara tersebut dan mereka segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Pihak polis kemudian bertindak menahan suspek di kediamannya,” jelasnya.

Dalam pada itu, hasil siasatan mendapati suspek bukan sahaja memperdaya individu tersebut, malah beberapa wanita lain didapati turut menjadi mangsa lelaki terbabit.