Remaja patah kaki & tangan, tercampak dari jambatan di Lebuhraya PLUS

Remaja patah kaki & tangan, tercampak dari jambatan di Lebuhraya PLUS

 

Seorang remaja lelaki tercampak dan terjatuh pada ketinggian 21 meter dalam kemalangan di Kilometer (KM) 272 Lebih Raya Utara Selatan arah utara dekat Simpang Pulai di sini malam semalam.

Kejadian berlaku selepas motosikal mangsa yang berumur 18 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di tepi pembahagi jalan.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.07 malam.

“Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai diketuai PBK Mohamad Norman dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dibawa naik dan diserahkan kepada petugas hospital untuk tindakan selanjutnya,” ujar jurucakap itu.

Mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan tangan kanan.