Remaja maut, tujuh cedera kemalangan 4 kenderaan

Remaja maut, tujuh cedera kemalangan 4 kenderaan

 

Remaja perempuan meninggal dunia manakala tujuh cedera dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Batu 25, Jalan Kuala Kangsar-Ipoh dekat Enggor di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas membabitkan sebuah lori, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan dua kereta masing-masing jenis Honda City dan Perodua Axia.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nur Aisyah Idris, 18, yang juga penumpang Perodua Axia.

“Mangsa yang cedera membabitkan pemandu Perodua Axia, seorang penumpang Honda City dan lima individu yang menaiki Perodua Alza,” katanya pada kenyataan.

Menurut jurucakap, mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.