Remaja hilang ketika beli air

Remaja hilang ketika beli air

 

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu.

Nurhidayah Mat Nurddin, beralamat di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun, kali terakhir dilihat pada jam 4.30 petang, 19 Ogos lalu ketika memberitahu neneknya yang berada di rumah untuk keluar membeli air minum di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lokasi remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Haizal Umar, di talian 05-2451628 atau 011-21001076.

Yahaya berkata, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.

Sementara itu, sumber memaklumkan, remaja itu dikatakan memarahi ibunya selepas ditegur kerana terlalu banyak bermain telefon dan dipercayai hilang kerana mengikut seorang kenalan.