Remaja ganti tugas arwah ibu jaga adik-adik

Remaja ganti tugas arwah ibu jaga adik-adik

Seorang remaja perempuan yang masih bersekolah memikul tanggungjawab besar untuk menjaga enam adiknya yang berusia empat hinga 14 tahun selepas mereka kematian ibu bapa.

Nurallesyazwani Sofea Mohd.­ Azman, 17, kini menjaga enam adiknya iaitu lima perempuan dan seorang lelaki selepas mereka kematian bapa pada tahun 2019 disusuli ibu baru-baru ini akibat komplikasi buah pinggang.

Enam adik Nurallesyazwani ialah Nur Alleyana Darwina, 4, Nurallysyazwani Sofea, 12, Nurallyqalesyah Damia, 10, Nur Allyfarisyah Najwa, 8, Nur Ally Syafirah Umairah, 6, dan Muhammad Harraz Erfan, 4.

Cerita Nurallesyazwani, dia meletakkan dirinya sebagai ibu, kakak dan anak sulung demi menjaga adik-adiknya.

Katanya, dia tidak akan berpisah dengan adik-adiknya ke­rana mahu berpegang kepada pesanan ibu agar menjaga adik-adiknya sehingga mereka besar.

“Sebelum ibu meninggal dunia, arwah pesan walau apa pun terjadi kami adik-beradik jangan berpisah. Apa-apa berlaku, jumpa emak saudara, begitu pesan arwah emak kepada saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Bahagia di sini, baru-baru ini.

Nurallesyazwani berkata, se­­belum ini mereka tinggal di Su­ngai Manik dan selepas kematian ibu, mereka tinggal di rumah nenek di Kampung Bahagia di sini.

“Di rumah ini, mudah untuk saudara-mara melihat keadaan kami,” katanya.

Nurallesyazwani berkata, dia dan adik-adiknya akan membiasakan diri tinggal di tempat baharu bersama keluarga baharu untuk meneruskan kehidupan tanpa bapa dan ibu.

Katanya, walaupun sukar, dia sedia melalui cabaran menjaga adik-adiknya..

“Adik-adik saya masih kecil, mereka sedih kerana kehilangan ibu bapa tapi tetapi tetap me­nunjukan senyum kepada sesiapa yang datang.

“Kami adik beradik kehila­ngan kasih sayang ibu bapa dan tempat bergantung,” katanya.

Sumber: Utusan